Sabtu, 13 November 2010

GPMS kembali di Johor Bahru??


Dengar khabarnya,dah ada cawangan yang telah diwujudkan oleh geng2 ajk sekarang ni tetapi kebanyakkannya hanya tinggal nama sebab tenaga penggeraknya telah pergi melanjutkan pelajaran,justeru beberapa kekosongan jawatan tertinggi masih belum diisi.

GPMS cawangan Kempas adalah satu cawangan yang ketiadaan tenaga penggerak dan masih memerlukan beberapa sokongan tenaga sahabat-sahabat untuk mencurahkan idea-idea dan tenaga.Jika terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi saudara Azri Ali untuk keterangan lanjut.


Sabtu, 7 Ogos 2010

Ahad, 27 Jun 2010

Perjumpaan ringkas tapi meriah






Majlis ringkas yang telah lama dirancang akhirnya berjaya dilaksanakan.Terima kasih kepada 8410 Dzulkafli Hj Mohd Shariff yang datang dari Jepun,Mazlan dan anaknya dari Terengganu,Sham Karim dari Melaka dan semua yang hadir,tidak lupa juga kepadan krew-krew penganjur....

Jumaat, 28 Mei 2010

MAJLIS "SIREH PULANG KE GAGANG"

Majlis ini merupakan majlis untuk mempertemukan semula bekas peserta kursus GPMS Johor Bahru dan GPMS Tanjung Puteri dengan semua fasilitator dan jurulatih kursus sejak tahun 1984 hingga tahun 2008. Butiran majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 26 Jun 2010 (Sabtu) mulai jam 2.00 petang
Tempat : Hotel Selesa, Johor Bahru ( peta lokasi tempat majlis diadakan dilampirkan)
Bayaran : Sila berhubung dengan penganjur majlis

Man Gemok, Bamba, Ari atau Pozee. (Tengok no hp orang ni kat sebelah kiri)



Menurut berita yang sudah disahkan Angah (LTKOL8410) akan turun ke JB dari Tokyo, Jepun. Kepada bekas2 peserta inilah masanya nak jumpa semula Angah sebab bukan senang nak jumpa dengan dia sebab dia jauh di negara Jopun.

Sila ke laman facebook Reunion GPMS... klik di sini.

Isnin, 17 Mei 2010

REUNION BEKAS PESERTA KURSUS GPMS

Wei kekawan semua dan anak-anak GPMS yang pernah menyertai kursus GPMS..tak kiralah kursus apa..di mana dan bagaimana. Marilah berkumpul balik dalam satu majlis reunion yang akan diadakan di :

HOTEL SELESA
26 JUN 2010 (SABTU)
Dengar khabar terkini...Hi Tea..

So..contactah boss reunion iaitu Pozee dan Bamba.

Khamis, 18 Mac 2010

Anak sape ni?

he he he....anak abah la hehehe

Khamis, 18 Februari 2010

Rabu, 10 Februari 2010

AXL'S TERBAIK ...MEMUKAU BEB..



Syarikat rakaman Nova Muzik menerbitkan kompilasi lagu terbaik kumpulan Axl's yang ternyata JIWANG BERKARAT beb..tangkap lentoq.. lagu-lagu yang ada menenggelamkan lagu Akulah Kekasihmu yang biasa kedengaran di radio. Antara lagu yang memukau ialah :

MILIKNYA BAHAGIA SEJATI.... best beb
SEANDAINYA KITA SEHATI SEJIWA... best beb
SETELAH HATI TERLUKA..juga best.

Cepatlah cari kat kedai..BELI YANG ORIGINAL..BANTU ARTIS TEMPATAN KITA..
CD LAGU ADA 15 LAGU... CD KARAOKE ADA 10 LAGU.

BELI JANGAN TAK BELI..MEMANG BEBALOI BEB..

Isnin, 1 Februari 2010

CALING..CALING..CALING..HELLOOOOO MANA KEKAWAN AKU NI

HALO...BOTAK
HALO..MISAI..
HALO..BAMBA..
HALO.. MAN
HALO..GILER..

WEI..MANA PEGI KEKAWAN AKU NI...HIDUP LAGI KE/???

Rabu, 30 Disember 2009

Sessi Sekolah hampir tiba.....

Orang gomen tak dapat "bonus",ramai yang mengeluh sebab perbelanjaan naik sekolah perlu diselesaikan segera. Pekerja swasta yang tak dapat bonus pun mengalami nasib yang serupa.Macam-macam isu berkaitan termasuk bas sekolah berusia 20 tahun tidak dibenarkan beroperasi bermula 1 Januari 2010.Tambang bas pun kini semakin mahal.Apa cadangan dan pandangan anda?

Jumaat, 4 Disember 2009

Berita buat kawan dari seberang....


Kalau tak boleh pandu,dapat posing pun jadilah......

Rabu, 4 November 2009

Ape kesudahannya konsert M Nasir tu?

Perhatian kepada sahabat-sahabat yang telah membeli tiket konsert tersebut,sila semak akhbar tempatan sekerap mungkin untuk maklumat terkini.....

Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan....hehehe...

Sekadar renungan.....

KHALIFAH Umar Abdul Aziz berkata kepada orang yang memarahnya. "Andaikan engkau tidak membuatkan aku marah, nescaya aku beri hukuman". Umar tiba-tiba teringat ayat Allah. "Dan mereka yang dapat menahan marah", kerana itu ketika ia mendapat kesempatan untuk menahan maka langsung dipergunakan.

Umar dalam peristiwa lain melihat seorang mabuk, maka ketika ditangkap untuk dihukum, tiba-tiba Umar dimaki oleh lelaki mabuk itu, maka Umar kembali tidak jadi menghukum. Ketika ditanya," Ya Amirul mukminin, mengapa setelah ia memakimu tiba-tiba engkau tinggalkan? Jawabnya, "Kerana ia menjengkelkan aku, maka andaikan aku hukum (pukul) mungkin kerana kemarahanku kepadanya. Saya tidak suka memukul seorang hanya membela diriku."

Renung-renungkan dan selamat beramal......

Apa dah jadi ?

Bapa mengamuk di sekolah selepas anak kena tindakan


KUCHING: Seorang bapa yang tidak puas hati kerana anaknya dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak sekolah di sini telah mengamuk dan memecahkan tingkap kelas hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Chung Hua No 3 di Jalan Padungan di sini, lelaki yang dipercayai mabuk itu bertindak memecahkan tingkap tiga buah kelas dengan tanggannya.

Seorang pelajar Tahun Tiga yang duduk berdekatan dengan tingkap berkenaan cedera di bahagian muka dan belakang telinga kerana terkena serpihan kaca cermin.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Supt Fauzi Bujang, yang mengesahkan kejadian itu berkata suspek berusia 38 tahun itu bertindak demikian setelah dimaklumkan anaknya dikenakan tindakan disiplin.

"Mangsa digegaskan ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan dan kini dilaporkan stabil," katanya.

Fauzi berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian sebaik saja menerima laporan daripada pihak sekolah menahan lelaki berkenaan.

Beliau berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut. - Bernama



Ahad, 11 Oktober 2009

Mazlan oh mazlan...


Pok amai-amai belalang kupu-kupu
datang kursus ramai-ramai
sedar suku-suku

Itulah ungkapan standard sahabat kita dari Kuala Terengganu kita ni dulu-dulu......

Dikehendaki segera!!!

Sila hubungi pihak berkuasa tempatan jika terlihat atau mempunyai maklumat di foto di atas.

Team Building Kita dulu-dulu


Sabtu, 10 Oktober 2009

Ni pun bleh jadi kontroversi....

Mane agaknye anak-anak buah kita ni?

Agaknya ni sessi ape?Sape penyelia masa ni?Macam-macam persoalan yang timbul bila tengok gambar ni tapi kita pun main agak-agak je sebabnya dah lama sangat tiba-tiba gambar ni keluar....

Kalau ada sape2 yang tau,kasi maklumat sikit......

Gambar lama-lama lagi

Kalau lah kita boleh kumpul semula bekas anak-anak buah kita ni,tentu gamat dibuatnya.......




















Selasa, 6 Oktober 2009

Memang cantik.....

Sekali tengok macam kenal,cuba tengok betol2 sape ni...

Jumaat, 25 September 2009

Terbongkar jua akhirnya.......

sungguh tak disangka,cempedak menjadi nangka,ular lidi menjadi naga..........patot la selama ni dia diam je......cis

Khamis, 24 September 2009

Macam-macam hal menjelang raya di jalan raya ni


Sudah menjadi macam satu kebiasaan setiap kali menjelang perayaan,pihak berkuasa terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk mendidik masyarakat kita supaya berhati-hati semasa perjalanan pulang ke kampung halaman mereka.Walau apapun yang dipraktikkan,kita sebagai pengguna jalan raya semestinya akur dengan setiap arahan dan peraturan yang telah ditetapkan bukan untuk menyusahkan tetapi untuk menjamin keselamatan pengguna itu sendiri.Syabas kepada pasukan polis trafik dan pihak-pihak penguatkuasa yang lain kerana kreatif dan inovasi kerana keselamatan kita adalah tanggungjawab kita bersama.Apa yang pasti,cara ini tidak dapat menghalang dari sebarang kejadian yang tidak diingini dari berlaku tetapi sedikit sebanyak dapat mengurangkan kadar kemalangan yang semakin membimbangkan kita.

"Berhati-hati dijalan raya,jangan biarkan keluarga anda menanti dalam tangisan",jangan jadikan jalan raya kita sungai jenazah"


Khamis, 17 September 2009

Salam Lebaran 2009


Syawal datang lagi,meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan..............

Sempena lebaran yang mulia ini,kami ingin memohon keampunan dari semua pengunjung-pengunjung,sanak saudara dan sahabat-sahabat jika terdapat kata yang menyinggung,nada yang melukakan hati dan coretan yang mengganggu emosi,sesungguhnya yang indah ,baik dan molek itu datangnya dari Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari kami.

Salam dunia,salam sejahtera salam hari raya,bersinar akhirnya.........walahualam.

Ahad, 6 September 2009

Penyambung Warisan.....

Lahir pada 4/9/09 jam 10.20 pm.......seorang puteri Nurezatti Farhana nama diberi,bakal penyeri mahligai singgahsana .....salam aidil fitri bersama ahli baru dalam keluarga...

Ahad, 23 Ogos 2009

Selamat Menjalani ibadah puasa

Kepada semua sahabat-sahabat,kutu-kutu dan pengunjung-pengunjung yang dirahmati,selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan keimanan,semoga dapat membina kekuatan diri untuk menghadapi segala cobaan yang mendatang.

Jika kita beramal ibadat semata-mata mengharapkan ganjaran,itu perniagaan namanya tetapi beribadah untuk keredaan Allah,insyallah ada balasan disediakan....wallahualam


Jumaat, 14 Ogos 2009

UNTOUCHBLE

Pernah tengok cerita "Untouchble" ....mengisahkan sekumpulan pegawai dari Perbendaharaan USA bersama-sama anggota polis Chicago menentang keganasan AlCapone..dan perbuatannya mengelak membayar cukai.... aku bukan nak bagi sinopsis ceritanya..kau orang pegi tengok la sendiri..kalau bagus cari yg blue ray punya disc..gambar canteq giler beb.. yg aku nak kasi tau hari ni ialah kata-kata seorang anggota polis tersebut... wataknya Malone..kepada pegawai Tresury tersebut yg namanya Ness.. katanya kalau kau nak lawan AlCapone dengan konco-konconya..kau mesti lawan sungguh2 sampai habis... kalau orang dia keluarkan pisau..orang kau keluarkan pistol. Kalau dia hantar orang kau ke hospital, kau hantar orang dia ke bilik mayat. Masalahnya ialah Ness nak tangkap AlCapone tapi tak tau caranya. Sekali lagi Malone memberi idea iaitu- kalau tak mau terbeli buah yang busuk dalam kotak, pergilah petik dari atas pokok...Maka mereka pergi ke pusat latihan untuk memilih anggota keempat dalam pasukan..namanya Stone..penembak tepat dan perangai gila @ berani mati.... ini dikaitkan dengan masalah semua anggota polis di situ yang telah dirasuah sehingga tak ada yang boleh dipercaya.... Pada akhir cerita aku kagum bagaimana Ness sanggup mencampakkan seorang penjahat yang membunuh rakannya Malone..hanya kerana penjahat itu mengatakan sebelum mati Malone mengerang macam babi.... itulah namanya semangat sepasukan..lu cuit dan lu hina kawan gua...lu akan hancur. Akhirnya penjahat tersebut mampus dicampak dari atas bangunan terus terhempas atas kereta....

Rabu, 5 Ogos 2009

Kalau umpan ni,dapat ikan ni....klik tajuk utk gambar

Kor Gerak Khas dulu-dulu....PENYAPU

Ketua Kumpulan Penyapu dan penyapu-penyapunya sekali.....

TUA HADIAHKAN PEDANG NINJA DAN BINTANG

Tua ( singkatan kepada ketua) tiba di JB seperti dijanjikan.....maka orang kata biduk lalu kiambang bertaut...geram yg lepas sejoklah semula. Penampilan tak berubah..tapi kepala biasalah botak beb sepesen cam Jepun gak.... kita orang pegi melantak kat Hassan Ong..pehhhh..licin beb macam bela setan..masing2 macam 10 hari tak makan...bukan apa..tension jem kat Tiram beb. Yg sorang tu kesian dok kat belakang UNSER..wek..wek..nasib tak termuntah kat baju Liver fool....dapatlah sikit berborak dengan Tua...malangnya tak dapat melayan lama..kalau dia datang Sabtu..barangkali kutu bleh lepak lama skit..kot2 dapat main Slam.. Tua hadiahkan kita orang pedang Ninja dan bintang Ninja..suruh guna kalau bini kita orang banyak mulut....apapun kita orang ucapkan selamat tiba di Lipis Pahang untuk kursus seterusnya..bln 12 ni khabarnya Tua akan balik lagi sekali untuk projek Reunion kita.... adiosssss...wa berambus dulu..

Selasa, 4 Ogos 2009

Gambar lama lagi.....

Macam-macam aksi kutu-kutu ni bila depan kamera....

ada yang duduk tegak macam pendekar mastor,ada yang tongkat dagu,ada yang cangkung,ada yang duduk jauh-jauh pulak kat sudut paling hujung

Gambar mat-mat bunga tahun 90'an dulu-dulu


Sekali pandang macam barisan jantan joget yang sedang menunggu pelanggan untuk hiburan di Kalabu Malami

Isnin, 3 Ogos 2009

TUA SAMPAI KE JB BESOK

Dicanangkan....... Tua akan sampai ke JB kira2 kol 2.30 ptg di JB.....Sumber berita mengesahkan Tambi 1644 ditugaskan mengiringi Tua ke hotel penginapannya yang terletak tak jauh dari Balai Polis Johor..gamaknya gitu le.... kutu2 boleh le melayan TUA dari petang sampai ke awal pagi...khabarnya banyak kutu2 yg ada urusan kerja sebab besok hari keje bagi orang gomen macam Tambi..namun demikian diingatkan berkali2...kalau tak muncul sekali ini..GAMAKNYA PUTUS SEDARA......

Ahad, 2 Ogos 2009

Berita baik untuk kaum ibu

Diskaun hebat sempena hari raya.Klik tajuk untuk berita hebat ini

Khamis, 30 Julai 2009

Gosip isteri

klik tajuk utk cerita selanjutnya

Khamis, 23 Julai 2009

Konsert 1 Wajah M Nasir ditangguhkan kepada 2 wajah


Atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan,semua konsert terbuka dan tertutup tidak dibenarkan sehingga diberitahu kelak.

Kesulitan amat dikesalkan.


Selasa, 21 Julai 2009

Julai in-take Pengambilan UPM

UPM (Unit Persatuan Malaysia) dengan kerjasama ITR (Institut Tadbir Rumahtangga) sedang giat menjalankan promosi pengambilan ahli-ahli baru untuk sessi Julai 2009.Syarat2syarat kemasukan adalah seperti berikut :
1. Lulus atau tidak SPM,latihan akan diberikan
2. Sudah berumahtangga
3. Perempuan sahaja ( isteri kutu2 la tu)
4. Kursus-kursus yang ditawarkan :-
a) Sijil dan Diploma Kursus AMT (Ahli Mesyuarat Tingkap) Kod AMT 2003 ( 3 hari)
b) Diploma Masakan & penyediaan makanan Suami Kod DMP 1003 (3 bulan )
c) Diploma Mengemas Rumah & Anak2 Kod DMR 3008 (9 bulan 10 hari)
d)Ijazah Pengurusan Pentadbiran Suami Kod IPS 1644 ( 5 tahun )

Borang permohonan boleh diperolehi di kesemua Pejabat Pos dengan bayaran RM22.50 Tunai dan hendaklah tiba selewat-lewatnya sebelum 25hb Julai 2009.

Isnin, 20 Julai 2009

KONSERT 1 WAJAH M NASIR



Dengan bangganya kutu2 JB seramai 5 orang akan berangkat ke KL untuk memberi sokongan kepada M.Nasir melalui Konsert 1 Wajah M Nasir. Kutu2 kat KL akan bergabung dengan kutu2 JB.. berita terbaru bahawa Botak telah berjaya menyambar tiket untuk konsert tersebut. T.Kasih. Moga M Nasir akan mendendangkan lagu2 yg jarang beliau nyanyikan contohnya :

PANORAMA JINGGA
WARUNG SEDERHANA
HIDUP CARA SENDIRI
BALADA OSMAN TIKUS

Dan..banyak lagilah lagu2 yg selalu menjadi inspirasi kepada kutu2 di sini.
JUMPA DI SANA... JOM LAH POZEE..JOINT.

Sebenarnya kita orangpun ada kursus dan mesyuarat GPMS kat sana..jadi sambil2 tu berhibur..sambil menyelam tangkap ketam.

Dev tangkap ular sawa....

Tokoh nelayan laut dalam kita ni dah mengubah haluan dari ke laut kini ke tasik kerana sebab-sebab yang tidak diketahui.

Klik tajuk untuk cerita lanjut.....

Ahad, 19 Julai 2009

Video Ikan makan itik.....

Klik tajuk untuk lihat video...

Warna aura lambang karakter, peribadi anda

sila klik tajuk untuk cerita selanjutnya.

Politik oh politik.....

Debat terbuka yang disyorkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bukan satu platform yang boleh menguntungkan kedua-dua pihak antara Umno-Pas.

Setuju
Tidak Setuju
Berkecuali

Sila komen diruangan yang disediakan.

Rabu, 15 Julai 2009

Macam kisah kita buat kursus masa dulu....


ARAU: Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin (SMKSS) di sini gempar apabila beberapa pelajarnya histeria selepas mendakwa melihat kelibat wanita dalam keadaan mengerikan berkeliaran di pekarangan sekolah itu, pagi semalam.

Selain kemunculan wanita muda yang cuba membunuh diri dengan tali meliliti lehernya, beberapa kelibat lain seperti wanita yang mati dirogol dan dibunuh secara kejam turut dikatakan berkeliaran di sekitar kawasan sekolah, dipercayai menjadi punca utama kejadian histeria.

Tapi yang paling best,kisah Zurina si harimau jadian tu....tentu kita masih ingatkan?Cermin ada kesan cakaran kuku,serangan histeria lepas azan dan macam-macam lagi

Selasa, 14 Julai 2009

Piala Malaysia, MU dan Pas

Inilah juara M.U...antara taburan janji dan tagihannya selepas menang.....

Sabtu, 11 Julai 2009

Pesanan Micheal Jackson dalam lagunya


Mereka berpesan jangan kau datang ke sini
taknak tengok muka kau baik kau hilangkan diri
api dimatamu dan bicara yang jelas
jadi pukullah

chorus

pukul...pukul...takde sape yang nak kena pukul
tunjukkan hebat ,beradu kuat
tak peduli sape benar atau salah

Lagu asal yang telah dialih ke bahasa Melayu dalam rancangan pagi Sinar BM dalam segmen merapu bersama abang FBi lagu yang telah menaikkan nama arwah dengan tarian beramai-ramai ala joget ronggeng sekitar tahun 80'an yang telah menjadi ikutan sehingga kini dan masih dikekalkan konsep dalam banyak cerita Hindustan.Itulah lagu Beat It........




Jumaat, 10 Julai 2009

Taska kepunyaan kutu-kutu



Kalau dahulu semua sahabat-sahabat ni bertugas merangsang minda pelajar dengan kursus-kursus bina semangat,tapi kini mereka mengabiskan sisa-sisa usia bersama-sama anak-anak .
Syabas!..kerana berjaya membuktikan bukan dengan sekadar kata-kata tetapi dengan perlaksanaan dan pembuktian.

Buah jambu tiga serangkai.....

Orang tua-tua pernah berpesan,kalau nak bergambar jangan bertiga,nanti terpisah....

Allahyarham Tan Sri P Ramlee juga amat gemar membuat cerita dan mempunyai unsur 3 seperti 3 Abdul,Do Re Me,Bujang Lapok dan Madu 3....




Kutu-kutu & Ita and The Gang (Mak Esah's Palace)


Pada suatu hari,kutu-kutu telah dijemput untuk makan malam di sebuah istana yang dipanggil Istana Bukit Kempas kepunyaan Yang Teramat Mulia Tengku Mak Esah.
Gambar ini diambil sebelum majlis makan malam tersebut dan dihadiri oleh 6 jejaka rebutan malaya dan 6 dara pingitan indonesia.
Gambar hanya hiasan.

Gambar lama,cerita lama


Sudah kurenung dan kupandang,makin kurenung makin sayang

Sudah kutenung dalam kitab,makin kutenung berdetup detap

Lagu Kalau Kaca Menjadi Intan
Lagu ada makna tu......
Klik gambar untuk melihat dengan lebih dekat.

M Nasir dan lagu-lagu perjuangan

Benarkah....... tiada bagiku
ruang dihatimu...........
untuk ku bertapak

walaupun......
sejengkal jari
agar dapatku berdiri....
diambang pintumu.....

Best kan lagu ni?Banyak kenangan bila dengar lagu ni..........



Satu ikon perjuangan melawan imperialisma British dan satu contoh akan apa perbezaan agama boleh akibatkan...

LONDON: Natrah Maarof atau Bertha Hertogh, wanita yang menjadi pertikaian antara bapanya yang berbangsa Belanda dengan ibu angkatnya dari Malaysia, meninggal dunia akibat leukemia semalam di rumahnya di Huijberhen, di selatan Belanda, pada usia 72 tahun.

Klik tajuk untuk berita selanjutnya

Khamis, 9 Julai 2009

Happy family & family day

Inilah saki baki keluarga kutu-kutu yang ada dan aktif berpesatuan dan menjalankan aktiviti seperti hari keluarga,memancing,berkelah serta BBQ dan acara jalan-jalan cari makan secara mingguan.

Inilah diantara keluarga-keluarga yang masih ada di sekitar Johor Bahru yang sering berjumpa bertanya khabar antara mereka agar pertalian persahabatan tidak putus.

Sama tapi tak serupa.....

Dulu-dulu berkawan dengan orang.............................

Kenapa sekarang berkawan dengan sang dia ni pulak??


Rabu, 8 Julai 2009

Cerita ni best !! Rugi tak tengok

5 sebab kenapa kita perlu tengok cerita ni :

1. Apabila kita pergi ke kaunter tiket,selepas membayar, kita akan diberi tiket
2. Sound system dari DTS Digital Theatre System akan buat kita langsung tak boleh tido.
3. Peperangan paling dashyat abad ini belom pernah ditayangkan di tv
4. Menaikkan semula semangat ( untuk orang yang lemah semangat)
5. Selepas menonton,anda akan merasa kelainan (tidak dapat digambarkan,tengok la sendiri)


Isnin, 6 Julai 2009

Sape yang kita kenal????

Kalau kita tengok gambar ni,tentu kita tertanya-tanya gambar siapa yang berkumpul ramai-ramai di tengah padang sekolah ni.....

Ada muka yang kita masih kenal dan ingat sebab memang budak kita la tu,tapi kalau agak-agak kalau macam tak kenal,memang bukan budak kita...hehehehe...

Kita mulakan....jangan lupa lirik lagi

Mantan Yang Dipertua GPMS Johor Bahru

Tentu kita tak lupa siapa YDP kita dulu,betol tak sahabat?

Dimana dia sekarang? Masih mengajar ke dah bersara?

Tentu banyak kenangan kita semasa beliau menjadi bos kita dulu....

Ahad, 5 Julai 2009

Lagi lagi cerita ni.....


Kalau 20 tahun dulu bapak tampar Sazali, mungkin Sazali buleh berubah tapi sudah terlambat,sudah terlambat bapak!!! Kini Sazali mempunyai beribu-ribu orang yang rela mati kerana Sazali ,bapak tau!!!

Itu adalah petikan dialog dari karya Tan Sri P.Ramlee,Anakku Sazali.

Dan,kalau dapat diundurkan masa,apakah agaknya impian kita ?

Gambar hiasan semata-mata....


Rabu, 1 Julai 2009

Cuba tengok gambar-gambar ni pulak....

Gambar 1,kursus asas bangunan tahun 1988
Gambar di atas mengingatkan aku kepada seorang kawan yang terpaksa dipapah untuk dibawa balik ke rumahnya di Tarom kerana muntah akibat penangan budak pompuan dalam gambar ni..kalau tak silap la.. betu tak Kapitan 1644..

Ceramah Pengenalan di Maktab Sultan Abu Bakar sekitar tahun 1988-1989


Sang kumbang berada diantara kuntuman mekar bunga-bunga serikandi negara

GAMBAR KENANGAN - GERAKAN OBOR 1 DI SAVVANAH HILL, JB

Gambar kenangan peserta Gerakan Obor 1 iaitu pelajar dari SMK Taman Impian Emas, Johor Bahru


gerakan obor

gerakan obor
Majlis Penutup

otai

otai
santai ditepi dewan

5804fauzi beri taklimat

5804fauzi beri taklimat

8410 dzul handle group besar

8410 dzul handle group besar

backdrop penutup kursus

backdrop penutup kursus

backdrop kursus

backdrop kursus

Gerakan Obor

Gerakan Obor
Kenangan Tamat Kursus

Gerakan Kumpulan

Gerakan Kumpulan
Permainan "Broken Square"

Gerakan Kumpulan

Gerakan Kumpulan
Permainan" Agenda Tak Sudah"

Gerakan Kumpulan

Gerakan Kumpulan
Permainan "Spider Web"

P.T Pagi

P.T Pagi
Kawad Kaki

senaman pagi-peserta perempuan

senaman pagi-peserta perempuan

gerakan kumpulan besar

gerakan kumpulan besar
Game Spider Web

aktiviti awal pagi-santapan jasmani

aktiviti awal pagi-santapan jasmani
Senaman Pagi

9506faizal @ cameraman

9506faizal @ cameraman

gerakan kumpulan

gerakan kumpulan
pembacaan ikrar

kapten1644

kapten1644

4 otai

4 otai
bamba,man,ajak.fauzi

Sessi nyanyian Lagu rasmi GPMS

Sessi nyanyian Lagu rasmi GPMS

Latihan Nyanyian

Latihan Nyanyian

Otai GPMS JB

Otai GPMS JB
Kiri : 8410 Dzul & 8407 Ajak

8407 ajak

8407 ajak

pembentangan kumpulan

pembentangan kumpulan

santai

santai
banba,fauzi

Fauzi,Ajak,Nizam,Ari

Fauzi,Ajak,Nizam,Ari

sessi fotografi bersama fasilitator

sessi fotografi bersama fasilitator

LDK fasilitator

LDK fasilitator

Ajak,Man,fauzi

Ajak,Man,fauzi

Tumpuan

Tumpuan
Pembentangan Kumpulan

angah bersama wartawan

angah bersama wartawan